Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Alam_Megah

Lokasi

Stesen ini terletak berhampiran Persiaran Putra Perdana di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. Berdekatan stesen ini adalah Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara, Taman Putra Bestari, Masjid Baitul Mahabbah dan SJK (C) Tun Tan Siew Sin.

Struktur stesen

L2
Platform
KJ Arah Selatan Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Subang Alam)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Utara Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (USJ 21)
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 196 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan T757 berkhidmat di stesen ini.